PERANAN SEORANG SETIAUSAHA DALAM SESEBUAH ORGANISASI
Di dalam satu-satu organisasi tidak kira dalam bidang pekerjaan mahupun organisasi pertubuhan bukan kerajaan, setiausaha selalunya terletak sebagai orang ketiga dalam jawatankuasa tertinggi. Setiausaha merupakan tulang belakang kepada halatujuh dalam memastikan kelancaran program aktiviti yang dirancang oleh persatuan / organisasi dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di sini saya ingin berkongsikan beberapa tugas-tugas dan peranan penting yang perlu diberi perhatian khusus oleh mereka yang telah dilantik memegang jawatan sebagai setiausaha 1.Merancang agenda mesyuarat dan menyediakan surat panggilan mesyuarat. 2.Mengedar surat panggilan mesyuarat / memanggil mesyuarat 3.Mencatat minit mesyuarat. 4.Menyiapkan laporan / menyediakan minit mesyuarat 5.Menguruskan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa induk dan Jawatankuasa kerja 6.Merancang bersama AJK segala aktiviti organisasi/persatuan sepanjang tahun 7.Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan organisasi/persatuan. 8...